Timbalan Menteri melawat Cawangan Kerja Keselamatan dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Timbalan Menteri melawat Cawangan Kerja Keselamatan dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR

Timbalan Menteri melawat Cawangan Kerja Keselamatan dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2019 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir mengadakan lawatan kerja ke Cawangan Kerja Keselamatan Jabatan Kerja Raya Malaysia bertempat di Maju Junction.

Timbalan Menteri terlebih dahulu menyampaikan amanat beliau sebelum lawatan dimulakan. Pengarah Cawangan, YBrs. Ir. Haji Dzarif Yaacob dalam ucapannya mewakili seluruh warga kerja CKS berterima kasih dan sangat menghargai lawatan YB Timbalan Menteri menziarahi cawangan itu pada hari tersebut.

Setelah selesai lawatan di Cawangan Kerja Keselamatan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir turut mengadakan lawatan kerja ke Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) Bahagian Perkhidmatan Harta JKR Woksyop Persekutuan bertempat di No. 2, Jalan Arowana, Cheras.

Selain dari melawat ke bahagian penyenggaraan kenderaan bertempat di Blok A, YB Timbalan Menteri juga meluangkan masa melawat galeri di Blok B serta berpeluang menaiki 'roller machine'.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16