Lawatan Penanda Aras EKSA 2020 Ke KPKT | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Penanda Aras EKSA 2020 Ke KPKT

Lawatan Penanda Aras EKSA 2020 Ke KPKT

PUTRAJAYA, 13 FEBRUARI 2020 – Satu lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) delegasi Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Delegasi yang diketuai Puan Zurifah Binti Zuhairon, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ini disertai 26 orang peserta yang terdiri daripada urus setia induk, fasilitator dan ketua zon EKSA di KKR. Lawatan ini merupakan inisiatif KKR bagi menghadapi Audit Pensijilan Semula EKSA yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan April 2020 selain berkongsi pandangan dan idea berkenaan pelaksanaan EKSA di agensi kerajaan.

KPKT dipilih kerana telah mencapai taraf pensijilan EKSA yang cemerlang daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11