Bicara Politikonomi RTM - Cabaran Sektor Pembinaan: Normal Baharu Mendepani Covid-19
Bicara Politikonomi RTM - Cabaran Sektor Pembinaan: Normal Baharu Mendepani Covid-19
KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2020 - Penggiat industri pembinaan mempunyai tanggungjawab penting dalam memastikan semua SOP berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi bagi menjamin keselamatan pekerja dan mengelak penularan jangkitan COVID-19 di tapak pembinaan serta kawasan persekitarannya.
Perkara ini ditegaskan Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof sewaktu menjadi tetamu rancangan Bicara Politikonomi yang disiarkan secara langsung selama sejam di rangkaian TV1 RTM bermula jam 9 malam.
Slot yang bertajuk “Cabaran Sektor Pembinaan Norma Baharu Mendepani COVID-19” ini mengupas langkah-langkah yang perlu dipatuhi semua rantaian yang terlibat dalam sektor pembinaan. Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh setiap projek pembinaan termasuk, memastikan semua pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan bebas dari jangkitan sebelum boleh mula bekerja. Semua pekerja terbabit perlu diperiksa dan direkodkan suhu mereka sebelum masuk ke tapak pembinaan setiap hari, dan apa juga gejala yang dikesan menerusi saringan harian yang dibuat perlu dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan berdekatan untuk tindakan lanjut.
- Log in to post comments