Lawatan Tapak Projek Pembinaan BBCC Bagi Pematuhan SOP PKPP.
Lawatan Tapak Projek Pembinaan BBCC Bagi Pematuhan SOP PKPP.
KUALA LUMPUR, 16 JUN 2020 - Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Seri Haji Fadillah Haji Yusof mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan untuk meninjau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Projek Pembinaan Bukit Bintang City Centre (BBCC).
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Sri Dr. Santhara J.P bersama YBhg. Dato' Nor Hisham Bin A Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Secara keseluruhan YB Menteri berpuas hati dengan tahap pematuhan di tapak projek ini dan berharap ianya dapat dikekalkan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Projek BBCC ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments