Mesyuarat Jawatankuasa Kluster Infrastruktur Bilangan 2 Tahun 2020. | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Mesyuarat Jawatankuasa Kluster Infrastruktur Bilangan 2 Tahun 2020.

Mesyuarat Jawatankuasa Kluster Infrastruktur Bilangan 2 Tahun 2020.

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2020 - Bagi mengukuhkan dan memantapkan lagi keberkesanan kluster Infrastruktur, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Infrastruktur (MJKKI) Bilangan 2 Tahun 2020 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan telah diadakan di Bilik Tanjung, Tingkat 6, Kompleks Kerja Raya.

MJKKI akan bertindak untuk memastikan arahan-arahan yang diputuskan di peringkat Mesyuarat Peringkat Menteri Kluster Infrastruktur (MPMKI) dilaksanakan oleh setiap Kementerian dan Jabatan dan seterusnya menyelaras dan memantau prestasi pelaksanaan dasar dan pelan-pelan tindakan berkaitan.

Mesyuarat yang dilaksanakan secara berkala ini akan turut menjadi platform penyelesaian kepada isu-isu pentadbiran dan pengurusan merentasi Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan. Inisiatif dan pelan jangka masa pendek dan jangka masa sederhana turut dirangka dan dilaksanakan oleh Kerajaan secara bersepadu dan hasil kesannya dijangka dapat dilihat oleh rakyat menjelang tahun 2023.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8