Taklimat Dan Tinjauan Kemajuan Projek Sekolah Daif Di Sarawak | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Taklimat Dan Tinjauan Kemajuan Projek Sekolah Daif Di Sarawak

Taklimat Dan Tinjauan Kemajuan Projek Sekolah Daif Di Sarawak

KUCHING, SARAWAK, 26 JUN 2020 - Pelaksanaan projek sekolah daif merupakan titik sentuh kepada rakyat yang melibatkan penggantian bangunan lama yang telah uzur dan tidak selamat. Projek ini akan memberi impak dan kesan yang besar kepada pelajar, guru dan ibu bapa di mana sekolah-sekolah tersebut mendapat bangunan baru yang lebih sempurna, selamat dan selesa. Pemilihan projek sekolah daif ini adalah berdasarkan bangunan sekolah di mana keadaan fizikalnya tidak sempurna, tidak berfungsi, dan tidak selamat digunakan.

YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kanan Infrastruktur – Menteri Kerja Raya telah diberi taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak berkenaan kemajuan kerja projek sekolah daif di Sarawak. Beliau turut melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Grogo di Bau, Kuching bagi melihat pelaksanaan projek di sekolah tersebut.

Bagi Projek Sekolah Daif di Sarawak dengan peruntukan RM1 billion, KPM telah melantik JKR Sarawak sebagai agensi pelaksana dan dipantau sepenuhnya oleh KPM. Manakala bagi 4 projek kritikal (2 di Sabah dan 2 di Sarawak), KPM telah melantik JKR Malaysia sebagai agensi pelaksana dan telah diserahkan kepada JKR Sabah dan Sarawak untuk pelaksanaannya. Tempoh pembinaan projek yang menggunakan teknologi IBS atau Industrialised Building System adalah antara 4 ke 6 bulan, lebih singkat berbanding kaedah konvensional.

Sehingga kini, daripada keseluruhan 62 buah sekolah pada tahun 2019 yang dilaksana di seluruh negara, bagi Semenanjung Malaysia 7 buah sekolah telah siap dan 1 buah sekolah masih dalam pembinaan. Manakala di Sabah, 3 sekolah sedang dalam pembinaan dan 19 masih dalam penilaian tender. Sementara itu di Sarawak, daripada keseluruhan 32 sekolah yang melibatkan sebanyak 12 pakej, 16 buah telah siap, 14 buah sedang dalam pembinaan dan 2 buah lagi di peringkat perolehan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9