Perhimpunan Bulanan KKR 2020
Perhimpunan Bulanan KKR 2020
KUALA LUMPUR, 24 September 2020 - Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, telah hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya September 2020 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.
Sempena perhimpunan bulanan kali ini, turut diadakan majlis penyampaian hadiah Program Bulan Kebangsaan bagi kategori Pertandingan Sayembara Puisi Bulan Kebangsaan, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik serta Pertandingan Semarak Merdeka KKR yang disempurnakan oleh YB Menteri.
Turut berlangsung upacara penyerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Tahun kepada YBrs. Dr. Azmi Mohamed @ Mohd. Adnan yang merupakan Juruukur Bahan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Beliau telah banyak memberikan sumbangan di luar tugas rasmi antaranya sebagai ahli pasukan khas penulisan kertas cadangan/white paper bagi Transformasi Nasional (TN50) Kementerian Kerja Raya, ahli panel penilai Malaysia Construction Industry Excellent Awards (MCIEA) 2019 dan Trainer of Malaysia Standard Civil Engineering Method of Measurement, CIDB.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Haji Zulkefly Sulaiman, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato' Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Ahmad Nadzri Embong.
- Log in to post comments