Penyampaian Hadiah Pertandingan Mini EKSA 2020 Kementerian Kerja Raya | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Penyampaian Hadiah Pertandingan Mini EKSA 2020 Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 7 DISEMBER 2020 – Semangat dan usaha warga Kerja Raya dalam membudayakan amalan EKSA dalam organisasi diiktiraf melalui sesi Penyampaian Hadiah Pertandingan Mini Eksa 2020 Kementerian Kerja Raya.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan. Bagi kategori Zon Terbaik, tempat pertama dimenangi Zon Lavender (Unit Integriti), kedua Zon Raflesia (BPSM) dan ketiga Zon Gamelan (Bahagian Akaun).

Kategori Ruang Pejabat Terbaik dimenangi Zon Lavender (Unit Integriti), Kategori Sudut Go Green Terbaik dimenangi Zon Dahlia (Bahagian Kewangan) manakala Kategori Pantri Terbaik dimenangi Zon Melati (Unit Komunikasi Korporat). Kesemua pemenang utama menerima hadiah wang tunai yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan bertempat di Bilik Seroja, Kompleks Kerja Raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5