Pelancaran ARCHIDEX Online Merancakkan Sektor Pembinaan Secara Digital
Pelancaran ARCHIDEX Online Merancakkan Sektor Pembinaan Secara Digital
KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 2021 - ARCHIDEX Online yang merupakan platform digital bagi pameran ARCHIDEX telah dilancarkan secara rasmi hari ini oleh YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya bertempat di Dewan Presiden PAM, PAM Centre. Program ini bakal memberi manfaat kepada ribuan pemegang taruh dan pemain industri binaan khususnya dalam bidang arkitek dalam era digital kini.
Acara yang dianjurkan oleh Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan C.I.S ini menyediakan ruang untuk berhubung, bekerjasama dan seterusnya membuka peluang perniagaan pada masa hadapan secara digital. Ini bertepatan dengan Revolusi Industri atau IR 4.0 yang memfokuskan penggunaan teknologi dan inovasi dalam operasi cara kerja ke arah pendigitalan berskala penuh.
Pembudayaan teknologi dan pendigitalan ini juga secara tidak langsung membantu pemain industri mendepani ancaman Pandemik Covid-19 yang mula menyerang negara bermula Mac 2020. Sektor pembinaan merupakan antara penyumbang utama perkembangan ekonomi negara, justeru penganjuran ARCHIDEX Online ini mampu membangkitkan semula pertumbuhan ekonomi yang kini dalam fasa pemulihan.
Turut hadir pada majlis pelancaran ialah YBhg. Datuk Ar. Ezumi Harzani, Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), YBrs. Ar. Dr. Tan Loke Mun, Pengarah Kuala Lumpur Architecture Festival 20/21 (KLAF) dan YBhg. Dato’ Vincent Lim, President of C.I.S
- Log in to post comments