Majlis Anugerah Industri Lebuh Raya 2021 Iktiraf Sumbangan Pemegang Taruh Industri Lebuh Raya
Majlis Anugerah Industri Lebuh Raya 2021 Iktiraf Sumbangan Pemegang Taruh Industri Lebuh Raya
PUTRAJAYA, 2 DISEMBER 2021 - Anugerah Industri Lebuh Raya 2021 anjuran bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) telah diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada syarikat konsesi, agensi dan individu yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dan pengurusan lebuh raya.
Anugerah telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia yang turut menerima Anugerah Kepimpinan Lebuhraya iaitu Anugerah berprestij bagi menghargai sumbangan tokoh yang telah menunjukkan kepimpinan dan teladan dalam industri lebuh raya.
Selaras dengan tempoh 41 tahun Industri Lebuh Raya. Sebanyak 8 kategori anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Kepimpinan Lebuh Raya, Anugerah Hero Lebuh Raya, Anugerah Inovasi dan Operasi Lebuh Raya, Anugerah Lebuh Raya Hijau, Anugerah “Best Highway Brand Communication”, Anugerah Pengurusan Maklumat Terbaik, Anugerah Rekabentuk Dinamik Lebuh Raya dan Anugerah Inovasi Teknologi Pembinaan Lebuh Raya.
Selain itu, penyampaian Sijil Apresiasi Industri Lebuh Raya juga turut diberikan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Peguam Negara (AG), Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS,JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Persatuan Syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM). Anugerah ini diberikan atas kerjasama dalam memastikan pembinaan dan pengoperasian lebuh raya berjalan dengan lancar dan selamat.
Turut hadir dalam majlis anugerah bertempat di Hotel Marriot Putrajaya ini adalah YB Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Hj. Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Yang Berbahagia Dato’ Shuhaimi bin Hassan, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Yang Berbahagia Datuk Azman bin Ismail, Yang Dipertua Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia.
- Log in to post comments