Program Memperkasa Kontraktor Bumiputera
KUBANG PASU, 17 April – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyeru kepada semua kontraktor agar sentiasa menambah luas bidang kepakaran dan kebolehan serta berani meneroka perkara baru dalam industry pembinaan. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Kursus Teknologi Penandaan Jalan Dan Pembaikian Turapan Yang Berkesan di sini.
Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) juga telah merangka pelbagai program untuk memperkasa kontraktor Bumiputera bagi tahun 2014 ini seperti Program Kontraktor Bumiputera Berprestasi Tinggi, Program Inspektorat Taraf Bumiputera dan Program Pembangunan Kapasiti Kontraktor Bumiputera. Program-program tersebut merupakan program pembangunan kontraktor Bumiputera yang akan dan telah dilaksanakan bagi memastikan kontraktor Bumiputera sentiasa berkemahiran dan mempunyai pengetahuan yang meluas dalam industri pembinaan.
Kerajaan melalui KKR telah menyediakan peruntukan sebanyak RM750 juta untuk penyelenggaraan jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2013. Bagi tahun 2014 pula, peruntukan sebanyak RM640 juta telah disediakan bagi tujuan ini. Di Negeri Kedah ini terdapat seramai 3,471 orang kontraktor dari kelas G1 ke G7 yang berdaftar dengan pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan daripada jumlah tersebut seramai 1,301 orang adalah kontraktor wanita. Kata beliau lagi.
Turut hadir sama ialah YBrs. Dato’ Haji Zainudin bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKR, YBrs. Encik Yahaya bin Hasan, Pengarah PKK Malaysia dan Tuan Haji Harun bin Abdul Hamid, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kubang Pasu.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
- Log in to post comments