Jelajah Ftroadpedia Sarawak Hari Ketiga
Jelajah Ftroadpedia Sarawak Hari Ketiga
MIRI, 11 Jun 2022 – Kementerian Kerja Raya telah mengambil langkah proaktif untuk memantau prestasi kemajuan secara berterusan melalui lawatan berkala dan sesi libat urus bersama kontraktor dan perunding yang terbabit dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.
Hari ketiga Jelajah FTRoadpedia Sarawak adalah menaiki bas melalui daerah Bintulu hingga ke Miri diketuai Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof untuk meninjau perkembangan terkini pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi Pakej Kerja berikut :
1) Pakej Kerja 10 : Mile 5 – Nyabau Flyover dan Persimpangan Bakun ke Sungai Tangap. Pakej ini sepanjang 77.19km melibatkan kos sebanyak RM1,642.649 juta. Satu (1) seksyen dibawah pakej kerja 10 iaitu Persimpangan Bertingkat (Flyover) Nyabau telah siap sepenuhnya dan telah dibuka pada Februari 2022. Manakala dua (2) lagi seksyen iaitu Seksyen Bakun dan Seksyen Niah dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022 dengan status siap masing masing adalah 85% dan 80%.
2) Pakej Kerja 11 : Sungai Tangap ke Jalan Pujut Link sepanjang 79.98km. Pakej kerja 11 melibatkan kos sebanyak RM 1,857.79 juta untuk tiga (3) seksyen iaitu seksyen Beluru dengan status siap 69% dan dijangka siap pada Disember 2022, Seksyen Lambir dengan status siap 66% dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2023 dan Seksyen Pujut dengan status siap 97% dan jangkaan siap sepenuhnya pada Julai 2022.
Bagi memastikan seluruh Keluarga Malaysia di negeri Sarawak menikmati jaringan jalan raya yang efisyen dan selesa Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan beberapa projek berimpak tinggi termasuk pelaksanaan jajaran Transborneo, merangkumi jajaran fasa dua Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang dibatalkan kerajaan sebelum ini. Selain itu, fokus juga diberikan kepada Fasa dua jajaran Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) sebagai kesinambungan fasa satu SSLR adalah bagi menambahbaik jaringan jalanraya dari Miri, Limbang dan Lawas.
- Log in to post comments