Tinjauan Isu Tular 'Keretakan Struktur' di Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE)
Kuala Lumpur, 9 Jun 2024 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah turun padang bersama Ketua Pengarah LLM, YBhg Dato’ Ir Sazali Harun, Pengarah Eksekutif EKOVEST Berhad, Encik Lim Chen Tai, Pengarah Urusan Lebuhraya Duke Fasa 3 Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng serta pegawai kanan KKR dan LLM, serta pengurusan syarikat Konsesi Lebuhraya SPE dan Wakil Syarikat Perunding ke lokasi tempat aduan struktur yang telah “disyaki retak”. YB Menteri telah diberikan penerangan secara terperinci berkenaan kesan-kesan hitam pada permukaan konkrit “crosshead” yang telah didakwa sebagai keretakan besar oleh para netizen.
Pada 7 Jun yang lalu, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lebuhraya SPE telah menerima pelbagai aduan berkenaan penularan di media sosial perbandingan 2 keping gambar struktur di Lebuhraya SPE berhampiran Jalan Cheras Kuala Lumpur yang telah “disyaki retak besar”. Pihak LLM telah mengarahkan pihak SPE dan Jurutera Perunding EDP untuk membuat pemeriksaan ke atas aduan tersebut pada malam itu juga memandangkan ianya melibatkan keselamatan pengguna lebuh raya.
Sebaik menerima aduan tersebut, pihak SPE bersama dengan pihak LLM dan syarikat perunding telah serta merta mengadakan lawatan siasatan pada pukul 11.00 malam, 7 Jun 2024 bagi menjalankan pemeriksaan struktur di lokasi aduan yang “disyaki retak” iaitu di struktur bertingkat jenis “crosshead portal” “Pier No 50” bagi Lebuhraya SPE berhampiran dengan sebuah gereja All Saints' KL, Jalan Cheras, Maluri, Kuala Lumpur di SPE Seksyen 2 laluan Salak ke Pandan.
Pemeriksaan dan siasatan terperinci secara visual jarak dekat dengan menggunakan jentera “skylift” telah dilakukan oleh pihak SPE dan syarikat perunding dengan kehadiran LLM. Hasil siasatan ke atas struktur berkaitan, telah mendapati ianya hanyalah kesan-kesan hitam di atas permukaan konkrit “crosshead”.
Kaedah pembinaan “crosshead portal” ini adalah melibatkan “multiple casting”, dan kesan-kesan hitam telah terkumpul pada 'dry joint'. Kesan-kesan hitam ini telah dipastikan bukan keretakan seperti yang telah ditularkan. Integriti struktur telah dipastikan kukuh dan selamat selepas siasatan dijalankan.
Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah turun padang bersama Ketua Pengarah LLM, YBhg. Dato’ Ir. Sazali Harun, Pengarah Eksekutif EKOVEST Berhad, Encik Lim Chen Tai, Pengarah Urusan Lebuhraya Duke Fasa 3 Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng serta pegawai kanan KKR dan LLM, serta pengurusan syarikat Konsesi Lebuhraya SPE dan Wakil Syarikat Perunding ke lokasi tempat aduan struktur yang telah “disyaki retak”. YB Menteri telah diberikan penerangan secara terperinci berkenaan kesan-kesan hitam pada permukaan konkrit “crosshead” yang telah didakwa sebagai keretakan besar oleh para netizen.
Jurutera Profesional daripada Perunding EDP telah mengesahkan integriti struktur adalah kukuh dan selamat setelah pemeriksaan dijalankan. SPE adalah sebuah lebuh raya bertingkat dan telah dibuka sepenuhnya pada 3 November 2023. Ianya merangkumi jarak keseluruhan sepanjang 20.7 kilometer bermula daripada Taman Melati Gombak hingga ke Kerinchi. SPE turut menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan lain-lain. Pembukaan Lebuhraya SPE adalah bagi meningkatkan lagi kecekapan rangkaian penyuraian trafik dan mengurangkan kesesakan di ibu negara.
Pihak Pengurusan SPE juga ingin menyatakan bahawa pihak SPE sentiasa komited dan meletakkan aspek keselamatan terutamanya bagi struktur lebuh raya sebagai keutamaan dengan sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala bagi memastikan keselamatan para pengguna.
- Log in to post comments