MYDIGITAL Kontraktor – Langkah Pertama Kontraktor Ke Era Digital | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
276147580_337085441791004_4415953303513328711_n.jpg

MYDIGITAL Kontraktor – Langkah Pertama Kontraktor Ke Era Digital

MYDIGITAL Kontraktor – Langkah Pertama Kontraktor Ke Era Digital

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2022 - CIDB E-Construct Services Sdn Bhd, sebuah anak syarikat CIDB Malaysia memperkenalkan Program myDigital Kontraktor yang merupakan sebuah perkhidmatan penyediaan laman web untuk kontraktor yang berdaftar dengan CIDB. Program myDigital Kontraktor ini telah dilancarkan oleh Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya, di MyBIM Centre CIDB di sini.

Perkhidmatan yang ditawarkan melalui MyDigital Kontraktor ini adalah suatu permulaan bagi sesetengah kontraktor untuk membiasakan diri dengan dunia digital. Ia memudahkan kontraktor untuk mempromosikan syarikat mereka serta meluaskan capaian dan carian maklumat mengenai syarikat mereka secara online. Sistem ini juga boleh digunakan untuk pembelian bekalan ataupun penawaran kerja-kerja subkontraktor dengan lebih sistematik serta telus secara atas talian.

Semua kontraktor yang berdaftar dengan CIDB Malaysia akan ditawarkan laman web sendiri secara percuma selama 6 bulan sebagai tempoh percubaan. Tawaran ini termasuk pakej web hosting dan nama domain, serta beberapa template mudah untuk digunakan oleh kontraktor untuk mengisi maklumat syarikat serta projek-projek mereka.

Kontraktor akan dikenakan caj perkhidmatan yang berpatutan sekiranya berminat untuk meyambung perkhidmatan ini selepas tamat tempoh percubaan. Manfaat lain yang boleh dinikmati oleh para kontraktor melalui perkhidmatan ini termasuklah sistem e-tendering dan e-procurement yang disediakan rakan strategik CIDB eConstruct, iaitu Maxwell Cloud Technology Sdn Bhd.

Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof turut menyaksikan upacara menandatangani perjanjian usahasama di antara CIDB eConstruct dan Maxwell Cloud Technology Sdn. Bhd. Turut hadir di majlis tersebut adalah Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, YBrs. Ts. Rofizlan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, CIDB E-Construct Services Sdn. Bhd. serta Encik Ng Jiun Chiet, Ketua Pegawai Eksekutif dari Maxwell Cloud Technology Sdn. Bhd.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 275922517_337085508457664_5727063296694106250_n.jpg
 276004751_337085445124337_4618049121057871755_n.jpg
276038528_337085621790986_7476986280218041360_n.jpg
 276064962_337085338457681_9051835828047223695_n.jpg
 276082748_337085521790996_5818894665173896519_n.jpg
276119273_337085385124343_2390748579393297138_n.jpg
 276265780_337085425124339_1174786293059873308_n.jpg
276300788_337085491790999_6121316600201542758_n.jpg
 277006862_337085461791002_3982524139441498548_n.jpg
277230646_337085561790992_354885793406128524_n.jpg