Mesyuarat Penyelarasan Antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Mesyuarat Penyelarasan Antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR)

Mesyuarat Penyelarasan Antara Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 7 Julai 2025 (Isnin) pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Tanjung, Kementerian Kerja Raya.  Mesyuarat strategik ini dipengerusikan bersama oleh KSU MOT dan KSU KKR bagi membincangkan beberapa perkara seperti berikut: 

               - Tindakan susulan oleh MOT dan KKR berkaitan beberapa keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Kesesakan dan Keselamatan Jalan Raya Bil. 1 2025 antaranya ialah inisiatif pemasangan lampu jalan LED solar di beberapa lokasi; dan 

               - Projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru; 

Mesyuarat ini menunjukkan komitmen berterusan kedua-dua kementerian untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui kolaborasi yang lebih mantap dan kerjasama yang berterusan. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0