MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK INFRASTRUKTUR RAKYAT
ALOR SETAR - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah hadir ke Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman bagi mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Infrastruktur Rakyat Bawah Kementerian Pelbagai Bilangan Tahun 2025 serta projek-projek terdahulu. Mesyuarat tersebut bertujuan mengkaji kemajuan pelaksanaan, isu semasa dan langkah pemulihan bagi memastikan projek infrastruktur rakyat berjaya disiapkan mengikut jadual dan piawaian ditetapkan.
Sebelum memulakan mesyuarat di Wisma Darul Aman, Timbalan Menteri turut mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali. Kunjungan ini mempererat kerjasama di antara kerajaan negeri dan kementerian dalam memastikan pembangunan infrastruktur di Kedah selari dengan pelan negeri.
Kehadiran beliau ke Kedah mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kerja Raya dalam memperkukuh hubungan strategik dengan kerajaan negeri serta memastikan setiap projek pembangunan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat dan negara.
- Log in to post comments