MESYUARAT JK PEMANDU PELAKSANAAN PROJEK LPB SABAH 11/2025
KOTA KINABALU – Pagi ini YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Bilangan 11/2025 bersama YB Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, serta Pegawai-pegawai kanan daripada agensi Persekutuan dan Negeri serta wakil-wakil daripada agensi berkaitan.
Projek LPB Sabah merupakan projek strategik Kerajaan berimpak tinggi bagi menyediakan rangkaian jalan raya yang berkualiti, mampan, lestari dan selamat, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI. Projek ini dijangka meningkatkan mobiliti, merancakkan ekonomi setempat, mengukuhkan perpaduan serta mendorong pelaburan dan integrasi serantau.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada permasalahan dan solusi, penambahbaikan tadbir urus, penyelarasan tindakan antara semua pihak, serta penyelesaian isu-isu pelaksanaan dengan lebih cepat dan berkesan melalui kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
KKR turut menegaskan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal memenuhi tanggungjawab dan obligasi kontrak, bagi memastikan infrastruktur jalan raya di Sabah kekal berkualiti, selamat dan berdaya tahan demi keselesaan rakyat.
- Log in to post comments