MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK KHAS (JPPK) PROJEK LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) NEGERI PAHANG BILANGAN 4 TAHUN 2026 PERKUKUH PENYELARASAN PELAKSANAAN PROJEK | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK KHAS (JPPK) PROJEK LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) NEGERI PAHANG BILANGAN 4 TAHUN 2026 PERKUKUH PENYELARASAN PELAKSANAAN PROJEK

Submitted by wmukk on 23 October 2026

KUANTAN – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas (JPPK) bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Negeri Pahang (Task Force) Bilangan 4 Tahun 2026 dijadualkan berlangsung pada hari ini di Bilik Mesyuarat BPEN, Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YH Dato’ Ali Syahbana bin Sabaruddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang; YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Jabatan Kerja Raya Malaysia; YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza binti Ku Lah, Timbalan Pengarah ICU JPM Negeri Pahang; serta Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang Pegawai Kanan dan wakil- wakil Kementerian/Jabatan Persekutuan serta Negeri.

Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan Projek LTU di Negeri Pahang, termasuk membincangkan isu serta cabaran yang memerlukan tindakan bersama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

Kementerian Kerja Raya komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik antara kementerian, agensi pelaksana dan Kerajaan Negeri Pahang bagi memastikan projek infrastruktur jalan raya dilaksanakan secara terancang, cekap dan berkesan.

Pelaksanaan Projek LTU dijangka dapat meningkatkan kesalinghubungan, memperbaiki aksesibiliti serta merangsang pembangunan sosioekonomi penduduk, khususnya di kawasan yang mendapat manfaat daripada projek berkenaan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4