MENTERI KERJA RAYA, YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI PAGI INI MENGHADIRI MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN FRIENDS OF MINISTRY (FOM) KEMENTERIAN KERJA RAYA DI PARLIMEN MALAYSIA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MENTERI KERJA RAYA, YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI PAGI INI MENGHADIRI MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN FRIENDS OF MINISTRY (FOM) KEMENTERIAN KERJA RAYA DI PARLIMEN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi pagi ini menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Friends of Ministry (FOM) Kementerian Kerja Raya di Parlimen Malaysia.

FOM, yang diilhamkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC), menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara KKR dan Ahli-ahli Parlimen, demi memastikan dasar dan aspirasi Malaysia MADANI dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar di peringkat akar umbi.

Melalui FOM, peranan Ahli Parlimen diperkasa untuk:

- Menyalurkan pandangan dan input konstruktif kepada Kementerian

- Menyokong pelaksanaan dasar serta inisiatif baharu

- Mengukuhkan komunikasi dua hala di semua peringkat

- Menggalas peranan sebagai penghubung maklumat kepada rakyat

Dengan kerjasama erat antara KKR, Ahli Parlimen, dan semua pihak berkepentingan diharapkan akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur negara yang lebih selamat, berkualiti, mampan dan inklusif.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3