MENTERI KERJA RAYA HADIR KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MADANI RAKYAT DI KOTA BHARU, KELANTAN
KOTA BHARU, KELANTAN – Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat di sini hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang menutup secara rasmi program yang bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta memperkukuh agenda Malaysia MADANI.
YB Menteri turut meluangkan masa untuk melawat reruai Kementerian Kerja Raya bagi meninjau pameran, perkhidmatan serta inisiatif yang diketengahkan. Beliau juga mengunjungi reruai kementerian-kementerian lain yang terlibat, sebagai tanda sokongan terhadap usaha bersama kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments