MENJAMIN BEKALAN ELEKTRIK SEKOLAH PEDALAMAN SARAWAK
SONG - Kerajaan MADANI melalui KKR melancarkan Projek Penyelenggaraan dan Naik Taraf Sistem Solar Hibrid (2025–2027) serta menyerahkan projek siap bagi sekolah luar bandar Sarawak dalam usaha memastikan bekalan elektrik 24 jam yang stabil.
Majlis di SK Nanga Bangkit, Song ini disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.
Projek melibatkan 121 buah sekolah, menggantikan janakuasa diesel dengan sistem solar hibrid yang menjimatkan kos operasi sehingga 80% bersamaan RM90 juta setahun.
Sehingga kini, 112 buah sekolah telah siap dan beroperasi, manakala baki akan disiapkan secara berperingkat sehingga 2027. Inisiatif ini memberi manfaat kepada lebih 3,000 murid dan hampir 2,000 guru serta menyokong penggunaan teknologi hijau selaras aspirasi Malaysia MADANI.
- Log in to post comments