MASALAH KESESAKAN TOL SEREMBAN AKHIRNYA MENDAPAT PENYELESAIAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

MASALAH KESESAKAN TOL SEREMBAN AKHIRNYA MENDAPAT PENYELESAIAN

Image removed.Seremban, 9 November – Kesesakan trafik di Plaza Tol Seremban yang seringkali menjadi masalah kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akhirnya dapat diselesaikan. Pembinaan Persimpangan Bertingkat Baharu di Lebuhraya Utara Selatan bakal mengatasi masalah kesesakan Tol Seremban, kata YB. Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya dalam lawatan beliau ke tapak cadangan Persimpangan Bertingkat Baharu, Seremban, Negeri Sembilan.  
Menurut Datuk Seri Shaziman, Persimpangan Bertingkat Baharu ini akan menelan kos sebanyak RM160 juta dan dijangka akan mengambil tempoh dua tahun untuk siap dibina. Lokasi pembinaan Persimpangan Bertingkat Baharu ditetapkan di KM 267.5, Lebuhraya Utara Selatan dan akan dihubungkan ke Jalan Labu (N38).
Turut hadir bersama adalah Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dato’ Noorizah Hj. Abd. Hamid, Pengarah Urusan PLUS, pegawai-pegawai kanan Kementerian, LLM dan PLUS.

|Galeri Foto|

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK