MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H / 2012M PERINGKAT KEMENTERIAN KERJA RAYA
Kuala Lumpur, 22 Februari- Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M Peringkat Kementerian Kerja Raya telah diadakan bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis dimulakan dengan perarakan oleh warga Kementerian Kerja Raya (KKR) serta agensi bermula dari perkarangan Blok A ke Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.
Majlis disusuli dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Qari, Encik Mohd Safwan Bin Hj Harisah dari Bahagian Perancang Jalan Kementerian Kerja Raya, persembahan nasyid oleh Hafiz Hamidun serta Ceramah Maulidur Rasul oleh Y.Bhg Dato’ Ustaz Mohd Zawawi Bin Yusoh. Seramai 600 orang telah hadir ke majlis ini.
Turut memeriahkan majlis, Y.Bhg. Dato' Haji Nasir Bin Mat Dam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Tuan Haji Abdul Rahim Goon, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Encik Taib Bin Yaacob, Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Pengerusi Surau KKR, warga kementerian serta agensi.
- Log in to post comments