Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Tahun 1446H/2024M | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Tahun 1446H/2024M

Putrajaya, 7 Julai 2024 - Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2024M pada 7 Julai 2024 (Ahad) bersamaan 1 Muharram 1446H bermula pada jam 10.00 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah berkenan untuk berangkat bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Raja Zarith Sofiah ke majlis tersebut. YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri juga turut hadir bersama bagi menyemarakkan lagi majlis sambutan pada tahun ini.

YBrs. Encik Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) telah mengetuai Kontinjen Kementerian Kerja Raya bagi Majlis Sambutan Ma’al Hijrah tahun ini. Turut hadir YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. 

Sempena Sambutan Ma’al Hijrah tahun ini, tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” merupakan tema pilihan tahun ini. Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat. Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berteraskan konsep al-Falah (kejayaan) ini perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI.

Kementerian Kerja Raya mengucapkan tahniah kepada Tokoh Ma’al Hijrah 1446/2024 Kategori Kebangsaan, YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan Haji Ahmad, mantan Mufti Pulau Pinang dan Tokoh Ma’al Hijrah 1446/2024 Kategori Antarabangsa, Syeikh Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia. Turut hadir YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3