MAJLIS PERASMIAN TANJAK (JEJAMBAT) DAN PLAZA TOL BESTARI PERDANA
JOHOR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menyambut baik pembukaan tanjak (jejambat) masuk dan keluar serta Plaza Tol Bestari Perdana di Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) yang dijangka melancarkan aliran trafik, mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kecekapan perjalanan di koridor timur Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, dan dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya; Yang Berhormat Dato’ Haji Asman Shah bin Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor; serta Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor.
Pengurusan tertinggi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut hadir, diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Ir. Hasni bin Mohammad, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, dan Yang Berbahagia Dato’ Ir. Hj. Sazali bin Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Majlis ini juga dihadiri rakan strategik sektor swasta, Mah Sing Group Berhad, yang diwakili oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan, serta Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Laksamana (B) Abu Bakar bin Abdul Jamal, Pengerusi Mah Sing.
Plaza tol ini dilengkapi sistem pembayaran elektronik tanpa tunai RFID dan Touch ’n Go, manakala tanjak (jejambat) berkenaan dihubungkan melalui Pasir Gudang Connector (PGC) sepanjang kira-kira 5.1 kilometer, sekali gus menyediakan laluan lebih terus ke kawasan industri dan pelabuhan utama seperti Pasir Gudang dan Tanjung Langsat.
Projek infrastruktur bernilai RM70 juta ini memberi manfaat kepada lebih 500,000 penduduk dan pengguna jalan raya, di samping menyokong pertumbuhan ekonomi, keselamatan serta keselesaan perjalanan di Johor.
Pembangunan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan MYJalan, yang menekankan penyediaan infrastruktur jalan raya yang lebih selamat, selesa dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat.
- Log in to post comments