MAJLIS PERASMIAN PROJEK SOLAR PERTAMA TERBESAR DI KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PERASMIAN PROJEK SOLAR PERTAMA TERBESAR DI KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir ke Majlis Perasmian Sistem Solar Fotovolta Suria Kompleks Parlimen yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan. 

Tiga (3) Jenis teknologi solar panel telah digunakan iaitu Monocrystalline, Bifacial Monocrystalline dan Glass-to-Glass Bifacial Monocrystalline.

Dengan siapnya sistem ini, secara tidak langsung dapat memberi penjimatan Bil Elektrik Tahunan di Kompleks Parlimen sebanyak 20% dengan nilai anggaran RM 1 Juta ringgit.

Sistem ini dapat menyediakan 1.5MWp kuasa menjadikan ianya Sistem Solar PV Terbesar Dunia yang terpasang di Bangunan Parlimen Malaysia.

Terdahulu, YB Menteri turut hadir di Dewan Rakyat membacakan Rang Undang Undang Feri bacaan kali pertama.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0