Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Eco Grandeur | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Eco Grandeur

PUNCAK ALAM  – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini menghadiri Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Eco Grandeur yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor, di Bandar Puncak Alam. Kehadiran YB Menteri mencerminkan komitmen Kementerian Kerja Raya dalam menyokong pembangunan infrastruktur negeri yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Persimpangan bertingkat Eco Grandeur dibina bagi meningkatkan tahap aksesibiliti dan kelancaran trafik di kawasan perumahan dan komersial yang pesat membangun di Puncak Alam. Projek ini merupakan inisiatif bersama antara pemaju Eco World Development Group Berhad dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor, melibatkan pembinaan laluan bertingkat yang menghubungkan kawasan Eco Grandeur terus ke jalan utama menuju Lebuhraya LATAR dan Guthrie Corridor Expressway (GCE).

Pembinaan persimpangan ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, mempercepatkan masa perjalanan, serta memperkukuh jaringan infrastruktur jalan raya di kawasan Puncak Alam yang kini menjadi salah satu pusat pertumbuhan baharu di negeri Selangor.

Kementerian Kerja Raya akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan pihak swasta dalam memastikan kemudahan infrastruktur jalan raya di seluruh negara dibangunkan secara mampan, selamat dan efisien demi kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0