MAJLIS PERASMIAN JAMBATAN SULTAN MUZZAFFAR SHAH, KUALA KANGSAR, PERAK | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PERASMIAN JAMBATAN SULTAN MUZZAFFAR SHAH, KUALA KANGSAR, PERAK

KUALA KANGSAR, PERAK - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah hari ini berkenan mencemar duli merasmikan Jambatan Sultan Muzzaffar Shah di Monong, Kuala Kangsar.

Majlis yang dihadiri oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir.Roslan bin Ismail bersama dif-dif kenamaan lain.

Projek pembinaan jambatan ini merangkumi struktur sepanjang 300 meter serta jalan penghubung sejauh 3 kilometer, menghubungkan Pekan Manong dan Kampung Seberang Manong. Infrastruktur ini memberi kemudahan mobiliti, memperkukuh perpaduan komuniti yang dahulunya terpisah oleh sungai, selain merangsang pertumbuhan pelancongan, perdagangan, dan pertanian tempatan.

Pembinaan Jambatan Sultan Muzzaffar Shah merupakan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kemampanan, kesejahteraan, dan keadilan sosial.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4