MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) PROGRAM BLACKSPOT (FASA 1&2), LPKS DAN ARAHAN KERJA (AK) PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN SEMENANJUNG MALAYSIA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) PROGRAM BLACKSPOT (FASA 1&2), LPKS DAN ARAHAN KERJA (AK) PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program Blackspot (Fasa 1 dan 2), LPKS dan Arahan Kerja (AK) Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Bilik Tanjung, Blok A, Kompleks Kerja Raya.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abd Kadir, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, YBrs. Tuan Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman serta Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, YBrs. Tuan Ir. Ts. Haji Mohd Nasir Bontat.

Mengakhiri ucapannya, YB Menteri Kerja Raya memberi pesan agar para kontraktor yang terpilih memberikan komitmen yang padu terhadap aspek kualiti terutama dari segi mengikuti spesifikasi standard yang ditetapkan, kos dan masa, serta mengutamakan keselamatan di kawasan kerja.

KKR tidak akan berkompromi terhadap isu-isu berkaitan kualiti kerja pembinaan dan penyenggaraan dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan selaras dengan aspirasi Program MYJalan. 

Beliau juga menekankan kepentingan untuk menyiapkan projek ini mengikut masa yang ditetapkan. We aim for AOT not EOT.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0