MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) PERDANA BAGI PROJEK QUICK WIN RMK-13 RP1 CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN JKR TAHUN 2026 DI PELBAGAI NEGERI | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) PERDANA BAGI PROJEK QUICK WIN RMK-13 RP1 CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN JKR TAHUN 2026 DI PELBAGAI NEGERI

KUALA LUMPUR - Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Perdana Bagi Projek Quick Win RMK-13 RP1 Cawangan Kerja Pendidikan JKR Tahun 2026 di Pelbagai Negeri yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia dan YBhg. Dato’ Sri Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. 

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Perdana Bagi Projek Quick Win RMK-13 RP1 Cawangan Kerja Pendidikan Tahun 2026 Di Pelbagai Negeri ini bertujuan untuk menyempurnakan serahan SST kepada kontraktor yang terpilih dalam pelawaan sebut harga bagi 117 projek yang melibatkan 11 buah negeri. Dua (2) kategori projek yang terlibat dalam majlis serahan SST ini iaitu Projek Sekolah Modular dan Industrialised Building System (IBS) serta Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB). 

JKR mensasarkan semua kerja sebut harga bagi pembinaan projek yang terlibat ini dapat disiapkan selewat-lewatnya pada penghujung Disember 2026.Manfaat yang diperoleh oleh para guru dan pelajar melalui pelaksanaan projek ini diharapkan dapat menyokong usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk seluruh masyarakat. 

KKR dan JKR Malaysia komited dalam melaksanakan projek pembangunan negara seiring dengan agenda transformasi dan agenda Pembangunan Kerajaan MADANI

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0