MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK NAIK TARAF SEKOLAH BERKEPADATAN TINGGI SELURUH MALAYSIA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) BAGI PROJEK NAIK TARAF SEKOLAH BERKEPADATAN TINGGI SELURUH MALAYSIA

SHAH ALAM – Timbalan Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Seri Ahmad Maslan hadir ke Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Perdana bagi Projek Menangani Isu Sekolah Berkepadatan Tinggi di Pelbagai Negeri yang berlangsung di Dewan Seroja, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor. 

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta pegawai-pegawai kanan dari KPM, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan JKR Malaysia.

Sejumlah 127 surat setuju terima (SST) telah diserahkan kepada kontraktor yang berjaya bagi pelaksanaan projek naik taraf ini di enam buah negeri, iaitu Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pulau Pinang. 

Pelaksanaan projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Malaysia MADANI mengutamakan projek rakyat terutama dalam meningkatkan kualiti pembelajaran anak MADANI bakal pemimpin akan datang di samping mewujudkan ekosistem pendidikan yang kondusif dan merangsang  kecemerlangan. Di masa yang sama ia bertujuan menangani isu sekolah yang mempunyai kepadatan pelajar yang tinggi, yang memerlukan penambahan dan pembaikan infrastruktur pendidikan.

Selangor memiliki bilangan serahan SST tertinggi dengan 111 bilangan kerja, diikuti 7 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Negeri Sembilan dan masing-masing 1 di Terengganu dan Pulau Pinang. 

Skop projek melibatkan 117 kerja pembinaan Bilik Darjah Perdana dan 10 bilangan kerja pembinaan Bilik Darjah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah sedia ada dengan menggunakan reka bentuk berkonsepkan Industrialized Building System (IBS).

Pendekatan ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembinaan, malah memastikan kualiti binaan yang lebih baik dan mampan. Sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI, sebanyak 117 kerja pembinaan Bilik Darjah Perdana yang telah diserahkan SST pada hari ini disasarkan untuk siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada penghujung Oktober 2025.

Projek-projek ini merupakan satu langkah proaktif daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mencapai sasaran pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi menjelang tahun 2030. Selain itu, projek ini juga bertujuan menyediakan kemudahan yang lebih moden dan selesa di sekolah-sekolah terlibat, di samping mewujudkan ekosistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif untuk murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0