MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KURMA DAN AGIHAN JUADAH BERBUKA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KEMENTERIAN KERJA RAYA (KSKKKR) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KURMA DAN AGIHAN JUADAH BERBUKA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KEMENTERIAN KERJA RAYA (KSKKKR)

KUALA LUMPUR  - Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Kerja Raya (KSKKKR) melaksanakan acara tahunan sempena bulan Ramadan iaitu Majlis Penyerahan Sumbangan Kurma dan Agihan Juadah Berbuka kepada semua ahli KSKKKR.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), sebagai tanda sokongan dan keprihatinan pengurusan tertinggi kementerian terhadap kebajikan warga KKR sepanjang bulan yang mulia ini. Turut hadir bersama YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan dan YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar & Pembangunan.

Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif KSKKKR dalam menyemarakkan semangat Ramadan di samping mengeratkan silaturahim serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga kementerian.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh budaya kebajikan dan semangat kekitaan dalam kalangan warga KKR selaras dengan aspirasi kementerian dalam membina organisasi yang prihatin dan sejahtera.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0