Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan dan Pemasangan Bekalan Air Telaga Tiub | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan dan Pemasangan Bekalan Air Telaga Tiub

KAPIT, SARAWAK –  YB Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, telah menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan dan Pemasangan Bekalan Air Telaga Tiub yang melibatkan 11 sekolah pedalaman di Sarawak.

Penyerahan telah dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan penyertaan pihak sekolah dan wakil KPM. 

Projek ini dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM11,488,729.00, merangkumi pembinaan tangki takungan, elevated water tank, pump house, kerja-kerja mekanikal dan elektrikal, kerja luar serta pembaikan termasuk geophysic dan drilling.

Hadir sama YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBrs. Tuan Khairuddin bin Bakar,Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan kementerian Pendidikan Malaysia ; YBhg. Dato’ Ir. Jasmi bin Wahab, Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya ; YBhg. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan a/l A. Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya ; YB Encik Nicholas Kudi Anak Jantai, Ahli Dewan Undangan Negeri SarawakN.64 Baleh, serta YBrs. Ir. Mustaza bin Mawawi, Majestika Sdn. Bhd.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0