MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP NAIKTARAF LALUAN FT003, MELOR – KG. PAK BADOL, KELANTAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP NAIKTARAF LALUAN FT003, MELOR – KG. PAK BADOL, KELANTAN

MELOR, KELANTAN - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, telah menyempurnakan penyerahan projek menaiktaraf Laluan FT003 dari Persimpangan Melor, Ketereh ke Kg. Pak Badol sepanjang 3.3km. Turut hadir bersama Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Daud. 

Projek di bawah Rolling Plan 3 RMK-11 ini bermula pada 3 November 2020 dan siap pada 28 Jun 2025, dilaksanakan secara konvensional oleh JKR Malaysia. Kerja-kerja merangkumi pembinaan jalan berkembar empat lorong piawaian JKR R5, menaiktaraf jambatan, membina jambatan baharu, menaiktaraf persimpangan, jejantas pejalan kaki, pemasangan lampu jalan dan isyarat, pengalihan utiliti, serta pengambilan tanah.

Projek ini meningkatkan kapasiti trafik, memperkukuh keterhubungan antara bandar utama Kelantan dan Terengganu, serta memberi manfaat kepada ribuan pengguna setiap hari. Ia sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI menyediakan infrastruktur selamat, selesa dan berkualiti, sekali gus merangsang sosioekonomi setempat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4