MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN PUSAT KESELAMATAN MAKANAN NEGARA ATAU NATIONAL CENTRE FOR FOOD SAFETY (NCFS). | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN PUSAT KESELAMATAN MAKANAN NEGARA ATAU NATIONAL CENTRE FOR FOOD SAFETY (NCFS).

SALAK TINGGI, 19 Disember 2024 -  Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad hadir ke Majlis Penyerahan Bangunan Pusat Keselamatan Makanan Negara atau National Centre for Food Safety (NCFS). 

Pusat Keselamatan Makanan Negara ini akan menjadi cabang saintifik kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) untuk meningkatkan kawalan keselamatan makanan negara bagi membolehkan pemantauan yang lebih berkesan. 

Aktiviti utama NCFS adalah menjana data saintifik dan diaplikasikan sepenuhnya dalam pembangunan dasar, penilaian risiko, penyelidikan dan pembangunan, pembangunan standard dan penggubalan perundangan, latihan dan kepenggunaan. NCFS ini merupakan satu-satunya pusat kecemerlangan keselamatan makanan yang ulung di Negara ini. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0