MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) YANG BERJAYA MENCAPAI PRESTASI 100% PEMBAYARAN BIL DALAM TEMPOH 7 HARI BAGI TAHUN 2024 KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) YANG BERJAYA MENCAPAI PRESTASI 100% PEMBAYARAN BIL DALAM TEMPOH 7 HARI BAGI TAHUN 2024 KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR)

KUALA LUMPUR - Cawangan Belanjawan Mengurus, Bahagian Kewangan, Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berjaya mencapai prestasi 100% pembayaran bil dalam tempoh 7 hari bagi tahun 2024. 

Sebanyak 47 buah PTJ di Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam menyegerakan pembayaran bil kepada pihak pembekal dalam tempoh masa 7 hari selepas bil sempurna diterima.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Zainal Alhakab bin Seman yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, bertempat di Bilik Tanjung, Aras 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya. 

Turut hadir adalah YBhg Datuk Wira Ir Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBrs. Encik Muhammad Haizul Azreen bin Usol Ghafli, Setiausaha Bahagian Kewangan KKR.

Tahniah diucapkan kepada semua PTJ yang berjaya. Diharapkan agar pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0