MAJLIS PENGHARGAAN SEMPENA PENGIKTIRAFAN PORTAL KKR 5 BINTANG DAN ANUGERAH LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN 2010
Kuala Lumpur, 8 Disember- Sebagai tanda penghargaan, satu majlis meraikan semua yang telah terlibat dalam menjayakan Portal KKR dan Buku Laporan Tahunan Kementerian telah diadakan di Bilik Tanjung, Tingkat 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Himmat Singh dalam ucapannya, merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah di atas segala usaha dan kerjasama yang diberikan sehingga membolehkan Portal KKR mendapat 5 bintang dan memenangi tempat ketiga bagi Buku Laporan Tahunan Kementerian. Seterusnya, beliau telah menyampaikan sijil kepada semua yang terlibat.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Y.Bhg. Puan Sri Dato’ Zaiton Binti Mhad Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), pegawai-pegawai kanan serta kakitangan yang diraikan.
- Log in to post comments