MAJLIS PELUNCURAN ACARA LARIAN CULTURAL NIGHT RUN @ PENANG 2nd BRIDGE | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

MAJLIS PELUNCURAN ACARA LARIAN CULTURAL NIGHT RUN @ PENANG 2nd BRIDGE

KAJANG, 17 Disember 2024 - Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah menyempurnakan Mailis Peluncuran Acara Larian Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge (CNR 2025) di Dewan Tan Sri M. Yusuff, Lembaga Lebuhraya Malaysia. 

Larian CNR 2025 akan diadakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pulau Pinang pada 16 Ogos 2025 jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi. Larian CNR 2025 mensasarkan seramai 5 ribu penyertaan yang terdiri daripada pelbagai kategori. 

Bersempena Majlis Peluncuran CNR 2025 ini, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya turut sudi menyampaikan Sumbangan Bantuan Persekolahan 2025 kepada Anak Anak Anggota KLLMB. Bantuan Persekolahan ini diberikan setiap tahun oleh KLLMB sebagai salah satu aktiviti Kebajikan tahunan. 

YB Menteri Kerja Raya turut meluangkan masa untuk melawat Highway Crisis Control & Command Centre (Hi4C) di Pusat Pengurusan Trafik, LLM. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0