Majlis Pecah Tanah Pembinaan Projek Sarawak – Sabah Link Road (Lawas – Persimpangan Long Lopeng) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
248586572_245749980924551_8038032794747951159_n.jpg

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Projek Sarawak – Sabah Link Road (Lawas – Persimpangan Long Lopeng)

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Projek Sarawak – Sabah Link Road (Lawas – Persimpangan Long Lopeng)

LAWAS, SARAWAK, 30 OKTOBER 2021 — Pelancaran Majlis Pecah Tanah bagi pelaksanaan Projek Membina Sarawak – Sabah Link Road (Lawas – Persimpangan Long Lopeng) atau lebih dikenali sebagai SSLR telah berlangsung pada hari ini, 30 Oktober 2021.

Majlis Pecah Tanah bagi menandakan permulaan kerja fizikal di tapak disempurnakan Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof bersama Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.

Projek SSLR ini merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11, Rolling Plan 3 yang diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Kementerian Pelanggan. Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana dan turut berperanan sebagai Pengurus Program. Manakala penyeliaan pada peringkat pembinaan telah diserahkan kepada JKR Sarawak selaku Pengarah Projek.

Matlamat utama pelaksanaan projek ini adalah untuk mewujudkan satu rangkaian jalan raya berturap yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara Brunei Darussalam. Dengan wujudnya jalan raya ini kelak, akan membolehkan kawasan pedalaman terbabit memiliki perhubungan yang lebih selamat dan selesa, yang pada masa ini terpaksa menggunakan jalan balak sebagai jalan utama.

Projek Fasa Pertama ini melibatkan jajaran jalan bermula dari Lawas ke Persimpangan Long Lopeng sepanjang 77 kilometer (km) dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM1.13 bilion. Jajaran jalan ini adalah selari dengan kelulusan State Planning Authority (SPA) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada September 2020. Skop utama projek ini adalah melibatkan kerja-kerja seperti berikut:

i. Jalan baharu sepanjang 77 km dari Lawas ke Persimpangan Long Lopeng berasaskan jalan tunggal 2 lorong 2 hala (T1-1) mengikut piawaian JKR R3 bagi aspek formasi (dari aspek geometrik mengambil kira topografi sedia ada dan pemuliharaan alam sekitar;

ii. Membina jambatan dan viaduct baharu;

iii. Kerja-kerja turapan dan penambahbaikan turapan jalan sedia ada;

iv. Membina sistem perparitan dan pembetung;

v. Memasang perabot jalan;

vi. Memasang lampu jalan;

vii. Pelaksanaan Pelan Pengurusan Trafik;

viii. Pelaksanaan Environmental Impact Assessment dan Environmental Protection Work;

ix. Penyiasatan tanah dan kerja penyiasatan tapak;

x. Kerja geoteknik;

xi. Kerja ukur dan pengambilan balik tanah; dan

xii. Pengalihan dan perlindungan utiliti

Pelaksanaan projek ini adalah secara Reka dan Bina dan telah diberi milik tapak kepada kontraktor yang berjaya iaitu syarikat Samling Resources Sdn. Bhd. pada 9 Ogos 2021. Tarikh siap projek adalah pada 8 Januari 2026 dengan tempoh pembinaan selama 53 bulan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 242529650_245750097591206_145211115653701943_n.jpg
 242536020_245750037591212_1984016766664734102_n.jpg
 245796895_245750270924522_4195948076462331221_n.jpg
 247594233_245749330924616_8847211888505643033_n.jpg
 248229091_245750164257866_2187785091889153489_n.jpg
 248548830_245749554257927_171006406325889214_n.jpg
248586572_245749980924551_8038032794747951159_n_0.jpg
 248674467_245749840924565_6113382627635130186_n.jpg
 248784386_245749417591274_8128261612060240259_n.jpg
 249402351_245749910924558_1627263377418130224_n.jpg
 249445066_245749724257910_4777969729483021631_n.jpg
 250640875_245749620924587_2337618739011475461_n.jpg