MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONSESI TAMBAHAN LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE)
KUALA LUMPUR – YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini melalui telah menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Tambahan bagi Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bersama syarikat konsesi, New Pantai Expressway Sdn. Bhd.
Perjanjian ini dimeterai susulan kelulusan Jemaah Menteri pada 7 Mei 2025 yang melibatkan cadangan penswastaan Projek Sambungan NPE, penstrukturan semula kadar tol serta pelanjutan tempoh konsesi sehingga tahun 2057. Projek ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat konsesi dengan tempoh pembinaan selama 4 tahun.
Majlis menandatangani perjanjian ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya yang mewakili Kerajaan, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, bersama pihak syarikat konsesi.
Dengan termeterainya perjanjian tambahan ini, Projek Sambungan NPE dijangka dapat memperkukuh jaringan lebuh raya di Lembah Klang serta memberi manfaat kepada pengguna melalui kelancaran trafik yang lebih baik di masa hadapan.
- Log in to post comments