MAJLIS INTERAKSI MENTERI KERJA RAYA BERSAMA WARGA KKR DAN AGENSI
KUALA LUMPUR — Majlis Interaksi Menteri Kerja Raya bersama-sama warga Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi telah berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.
Ketibaan YB Dato Sri Alexandar Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya bersama YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kerja Raya telah menyerikan majlis yang menghimpunkan warga KKR dalam suasana penuh kebersamaan sempena Ramadan.
Majlis turut diisi dengan tazkirah Ramadan bertajuk “Ramadan: Manusia dan Ujian” oleh disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim serta penyampaian sumbangan wakalah kepada wakil surau di bawah KKR dan Sumbangan Santuni Rahmah kepada warga terpilih.
Penganjuran majlis ini mencerminkan nilai kebersamaan, keprihatinan dan kesejahteraan yang menjadi teras Malaysia MADANI dalam memperkukuh ukhuwah serta semangat perpaduan warga KKR dan agensi.
- Log in to post comments