MAJLIS INTERAKSI MENTERI KERJA RAYA BERSAMA-SAMA WARGA KKR SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI SIRI 2 TAHUN 2025
KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2025 YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hadir ke Majlis Interaksi Bersama-sama Warga Kerja Raya dan juga meraikan rakan- rakan yang beragama Islam menyambut Hari Lebaran atau Hari Raya Aidilfitri.
Turut hadir pada majlis tersebut YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya bersama dengan pengurusan tertingi Kementerian Kerja Raya.
Terdapat lebih dari 20 gerai makanan yang disediakan dan hampir 5000 tetamu daripada kakitangan Kementerian, Agensi dan orang ramai hadir majlis ini. Tidak ketinggalan, majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Dato' Hattan dan Datin Alyah yang menyampaikan beberapa buah lagu.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments