Majlis Dialog Industri Pembinaan Bersama YB Menteri Kerja Raya | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Majlis Dialog Industri Pembinaan Bersama YB Menteri Kerja Raya

KUALA LUMPUR, 27 Februari - Satu Sesi Dialog yang melibatkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi-agensi Kerajaan serta penggiat industri pembinaan telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya. Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh industri dalam dialog tersebut termasuk Industrialised Building Sytem (IBS), personel binaan, bahan binaan serta cukai dan GST yang berkaitan sektor pembinaan.

Pada Majlis Dialog ini juga, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Dato’ Sri Ir Dr Judin Abdul Karim, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pakar Bagi Mengkaji Semula Amalan Industri Pembinaan telah membentangkan penemuan dan cadangan daripada Jawatankuasa tersebut untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pihak industri pembinaan sebelum perkara ini dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Antara penemuan Jawatankuasa tersebut adalah dari aspek perundangan, keselamatan serta peranan dan tanggungjawab yang melibatkan industri pembinaan perlu diberi fokus untuk penambahbaikan.  Majlis ini turut dihadiri YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya, dan YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6