LAWATAN YAB PERDANA MENTERI KE KEMENTERIAN KERJA RAYA
KUALA LUMPUR, 20 MAC 2024 - Warga Kerja Raya menyambut ceria kedatangan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi bersama YAB Perdana Menteri bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba disambut oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, bersama-sama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, serta barisan Pengurusan Tertinggi KKR dan Agensi.
Hadir sama mengiringi YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim ialah Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. YAB Perdana Menteri turut sempat beramah mesra serta mengambil gambar kenang-kenangan bersama Warga Kerja Raya sebelum dibawa masuk ke bilik mesyuarat.
- Log in to post comments