LAWATAN TURUN PADANG KE JALAN PERSEKUTUAN FT003 & FT057 DI JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN TURUN PADANG KE JALAN PERSEKUTUAN FT003 & FT057 DI JAJAHAN KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU – Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, telah meninjau Jalan Persekutuan FT003 (Jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu, Seksyen 688.5 hingga 705.9) dan FT057 (Jalan Kota Bharu – Pengkalan Chepa, Seksyen 0.0 hingga 10.40), dua laluan utama dan protokol di Jajahan Kota Bharu.

Tinjauan ini turut disertai pegawai JKR Malaysia, JKR Negeri Kelantan, JKR Jajahan Kota Bharu, dan wakil syarikat konsesi penyenggaraan, Roadcare Sdn. Bhd., bagi menilai tahap penyelenggaraan rutin seperti pemotongan rumput, pembersihan longkang dan culvert, serta penjagaan perabot jalan mengikut jadual dan spesifikasi.

Hasil pemantauan mendapati keadaan jalan di beberapa lokasi adalah baik, namun kualiti kerja masih perlu diperhalusi. YBhg. Dato’ TKSU (DP) mencadangkan syarikat konsesi mengamalkan pendekatan “zero-based” bagi mengelakkan kecacatan kerja akumulatif yang boleh menjejaskan jangka hayat aset awam.

Beliau turut menekankan kepentingan pemantauan dan pelaporan berkala yang telus oleh semua pihak serta kerjasama erat dengan agensi lain, termasuk syarikat utiliti, supaya sebarang kerja pihak ketiga di kawasan jalan disusuli pembaikan sempurna mengikut spesifikasi.

Komitmen berterusan ini adalah selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan infrastruktur negara sentiasa selamat, berkualiti dan memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat.

“Jalan Kita, Tanggungjawab Kita.”

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3