LAWATAN TAPAK KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA PROJEK PEMBINAAN LORONG TAMBAHAN LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS) FASA 1: PAKEJ A | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN TAPAK KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA PROJEK PEMBINAAN LORONG TAMBAHAN LEBUHRAYA UTARA–SELATAN (PLUS) FASA 1: PAKEJ A

SEDENAK, JOHOR  - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, hari ini telah mengadakan lawatan tapak ke Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) Fasa 1: Pakej A bagi meneliti perkembangan kerja-kerja pelaksanaan projek serta memastikan ia berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Turut hadir Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar; Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi dan Ketua Pengarah LLM, 

Lawatan ini bertujuan menilai status semasa projek, termasuk aspek keselamatan, kelancaran trafik, serta kepatuhan kepada spesifikasi teknikal dan kualiti pembinaan. YBhg. Dato’ Seri KSU turut menerima taklimat terperinci daripada pihak PLUS dan kontraktor utama berhubung kemajuan fizikal, isu-isu pelaksanaan serta langkah penambahbaikan yang sedang dilaksanakan.

Projek lorong tambahan ini merupakan inisiatif penting kerajaan bagi meningkatkan kapasiti Lebuhraya Utara–Selatan, menangani kesesakan trafik, serta mempertingkat keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Ia dijangka memberi manfaat secara langsung kepada ratusan ribu pengguna lebuh raya yang bergantung kepada laluan ini setiap hari.

Kementerian Kerja Raya akan terus memantau rapat setiap peringkat pelaksanaan projek bagi memastikan pengurusan kos, tempoh siap dan mutu pembinaan mencapai tahap optimum demi kesejahteraan rakyat serta kelancaran jaringan infrastruktur negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0