Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kuala Lumpur, 12 Julai 2024 - Kementerian Kerja Raya (KKR) berbesar hati menerima kunjungan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 11 Jun 2024 yang lalu sempena lawatan penanda aras EKSA yang diketuai oleh Ustazah Nurfarizan Jaafar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti selaku Urus Setia EKSA bersama-sama 34 orang pegawai JAKIM.

Pada sesi ini, taklimat lawatan dimulakan oleh YBrs. Puan Zurifah Zuhairon, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) selaku Penyelaras Jawatankuasa (JK) Pelaksana dan JK Kerja EKSA Kementerian Kerja Raya. Turut hadir bersama adalah wakil-wakil JK Audit Dalam EKSA KKR, JK Latihan EKSA, JK Promosi, dan wakil-wakil dari Zon Dahlia, Bahagian Kewangan (BK); Zon Gamelan, Bahagian Akaun (BA) serta Zon Melur, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP). Dalam taklimat ini, KKR telah kongsikan berkenaan amalan yang dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan dan pembudayaan ini berterusan di kalangan warga KKR amnya.

Delegasi JAKIM dibawa melawat Zon Melur, Zon Dahlia dan Zon Gamelan bagi mendapatkan gambaran dan penerangan Amalan Terbaik EKSA Kementerian Kerja Raya yang diamalkan di Zon-zon terpilih. Disamping itu, delegasi juga di bawa melawat ke Surau Kementerian Kerja Raya yang disambut oleh YBhg. Dato' Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR, selaku Pengerusi Surau Kementerian Kerja Raya. YBhg. Dato’ TKSU (DP) meluangkan masa memberikan penerangan kepada delegasi program-program dalam usaha mengimarahkan surau serta amalan EKSA yang telah dilaksanakan agar surau sentiasa kemas dan teratur serta memberi keselesaan kepada pengguna. Ia juga mampu memberikan sedikit gambaran dan idea baharu amalan EKSA buat delegasi JAKIM yang hadir.

Sebagai tanda penghargaan kepada setiap Zon, Ketua Delegasi lawatan telah menyampaikan pelekat Lawatan Penanda Aras EKSA kepada setiap Zon. Pada lawatan kali ini, YBrs. Encik Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), telah memberikan Sijil Penghargaan Bagi Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada JAKIM atas kunjungan ke KKR. Lawatan Penanda Aras EKSA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selesai pada pukul 1.00 tengahari.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13