LAWATAN KSU KE MYBIM CENTRE, CIDB NEGERI JOHOR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN KSU KE MYBIM CENTRE, CIDB NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU — Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke myBIM Centre, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Johor bagi meninjau kemudahan dan pelaksanaan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Lawatan ini turut disertai oleh delegasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor yang diketuai oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, YBrs. Ir. Zainal Tumian, bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.

Lawatan ke fasiliti ini secara langsung telah memberikan gambaran yang jelas kepada pihak JKR Johor dalam usaha mereka untuk mewujudkan Makmal BIM sendiri tidak lama lagi, selaras dengan agenda pendigitalan dan pemodenan pengurusan projek pembinaan kerajaan.

Kementerian Kerja Raya komited untuk terus memperkukuh pelaksanaan BIM melalui kerjasama strategik bersama CIDB dan agensi berkaitan bagi memastikan penyampaian projek infrastruktur negara yang lebih cekap, berintegriti dan berkualiti tinggi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0