LAWATAN KERJA YB MENTERI KERJA RAYA MENINJAU PROJEK REDLINE DI SEKSYEN TUDAN, MIRI, SARAWAK
MIRI - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, bersama kepimpinan tertinggi Kementerian meninjau pelaksanaan Projek Menaik Taraf Struktur Turapan Jalan di Seksyen Tudan dari Miri - Kuala Baram — salah satu daripada sembilan (9) seksyen yang terlibat di bawah Projek Redline sepanjang 17.1 kilometer di Sarawak.
Tinjauan ini bertujuan menilai status semasa kerja-kerja menaik taraf struktur turapan empat (4) lorong dua (2) hala yang dibangunkan dan yang akan diintegrasikan dengan Lebuhraya Trans Borneo (LTB). Pelaksanaan projek ini dijangka dapat memperkukuh jaringan jalan raya utama serta meningkatkan keselamatan, keselesaan dan ketersambungan laluan tersebut ke sempadan Negara brunei demi manfaat pengguna.
Turut serta, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan); YBrs. Ir. Wisil anak Lichok, Timbalan Pengarah (Infrastruktur) JKR Sarawak; serta pegawai kanan KKR, JKR, agensi dan pihak konsesi.
Komitmen Kementerian Kerja Raya melalui Projek Redline ini mencerminkan usaha berterusan untuk memastikan infrastruktur jalan raya di Sarawak terus dipertingkatkan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI — infrastruktur berkualiti, mampan, lestari, selamat dan inklusif untuk semua.
- Log in to post comments