LAWATAN KERJA YB MENTERI KERJA RAYA KE TAPAK PROJEK LTU (PAKEJ 3B & 3C) | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN KERJA YB MENTERI KERJA RAYA KE TAPAK PROJEK LTU (PAKEJ 3B & 3C)

GUA MUSANG, KELANTAN - YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) bagi Pakej 3B dan Pakej 3C bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan.

Lawatan ini bertujuan menilai status semasa projek, mengenal pasti sebarang isu teknikal atau cabaran di tapak, serta memastikan aspek kualiti, keselamatan dan pematuhan spesifikasi projek diberi keutamaan. YB Menteri turut diberi taklimat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor pelaksana berhubung kemajuan kerja, jadual pelaksanaan serta langkah-langkah mitigasi yang diambil bagi menangani isu-isu berkaitan.

Projek LTU Pakej 3B dan 3C merupakan antara komponen penting dalam rangkaian Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama yang bertujuan meningkatkan tahap perhubungan, memendekkan masa perjalanan serta merangsang pertumbuhan sosioekonomi di kawasan yang terlibat.

Kementerian Kerja Raya (KKR) sentiasa komited memastikan pelaksanaan projek infrastruktur negara dilaksanakan secara cekap, berintegriti dan memberi manfaat maksimum kepada rakyat selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

KKR akan terus memantau secara rapi pelaksanaan projek ini agar ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan dan seterusnya memberi impak positif kepada pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0